Tuesday, 11 April 2017

PROGRAM MOVING FORWARD AFTER SPM (MFAS2017)


Assalamualaikum, Salam Sejahtera & Salam 1 Malaysia.

"Risau dgn masa hadapan anda?Keputusan peperiksaan pada tahap memuaskan?Keliru untuk memilih tempat pengajian yg sesuai?"

PROGRAM MOVING FORWARD AFTER SPM KEMBALI LAGI!!!!

Kembali lagi?! Ya, kembali lagi!

Dengan sukacitanya dimaklumkan bahawa Persatuan Belia FTNS & Persatuan Mahasiswa & Alumni Pasir Gudang (PMPG) akan mengadakan program Moving Forward After SPM 2017 (MFAS'17) bagi siri yang kedua tahun 2017! 

Melalui tema 'Edu-Diversity Is Victory' kami membawakan anda sebuah program motivasi yang berunsurkan halatuju selepas SPM & STPM yang akan dikendalikan oleh panel & penceramah yang berpengalaman dalam bidang pendidikan dan kerjaya

Adakah anda golongan yang tersenarai di bawah?

1. Lepasan SPM 2016 
2. Calon SPM 2017 
3. Lepasan STPM 2016 
4. Calon STPM 2017 

Jika ya, teruskan membaca iklan ini!!! Anda adalah orang yang kami cari! 
Jika tidak, teruskan membaca juga dan sebarkan kepada orang yang kami cari! 

Program Moving Forward After SPM 2017 (MFAS'17) akan dijalankan seperti ketetapan berikut:

Tarikh: 13 MEI 2017
Hari: Sabtu
Masa: 8.00 pagi hingga 6.00 petang
Tempat: Dewan Besar Pusat Bandar, Pasir Gudang
Yuran Pendaftaran: RM 20 sahaja
Jumlah peserta: 250 peserta terawal sahaja!


SLOT MENARIK YANG DISEDIAKAN

1. After SPM: What's Next?

2. 21st Century Student-Life: Survive Or Thrive?

3. Embrace Your Future: World Of Professions

4. Cerminan Hati: Di Mana Kita?

NANTIKAN PERSEMBAHAN ISTIMEWA OLEH PENCERAMAH JEMPUTAN, IMAM MUDA NAJDI !!!

Berminat??!! Bagaimana hendak daftar??!!

Anda boleh hubungi pihak pengurusan kami dengan segera :

1. Cik Sharifah
+6017-753 2432

2. Encik Halim
+6011-1786 2275

Pembayaran melalui akaun bank:
Sharifah Nadzirah
Maybank
151240316807

Instagram: @ftnsvengers / @pmpg_
Twitter: @ftnsvengers
Blogsite: http://beliaftns.blogspot.my/p/mfas2017.html
Email: bodmfas2017@gmail.com

#MFAS2017 #FTNS #PMPG #KuasaViral

Apa tunggu lagi? Hubungi kami sekarang juga! Jangan lepaskan peluang keemasan ini!

Thursday, 16 March 2017

SELAMAT DATANG WARGA SPM 2016 !

Assalamualaikum kepada semuaa pembaca blog FTNS dan paling utama sekali adik-adik yang baru ambik keputusan SPM , jadi apa yang korang rasa ? Gembira ? sedih ? kecewa ? bersyukur ? tak puas hati ?

Okay , entri hari ni sebenarnya nak ucapkan tahniah kepada semua adik-adik yang berjaya dengan cemerlang dan adik-adik yang berjaya ambik SPM untuk tahun 2016.

Okay , admin tahu mesti ada yang frust menonggeng dengan keputusan SPM korang kan ?

Macam ni...jangan stress sangat...baca entri FTNS untuk kali ni dulu...

First of all , jangan nak menangis sepanjang bulan ni sebab keputusan SPM kita , you know what guys , admin ni punya result SPM biasa je , teramatlah biasa atau istilah mudah korang semua nak faham , TERUK !!!

Tapi tu bukan The End of The World okay , just relax and chill untuk sementara waktu , korang kena tahu satu benda , era sekarang ni yang penuh dengan kemodenan tak ada yang mustahil , setakat korang nak sambung belajar langsung tak ada istilah MUSTAHIL , tak ada tau...terlampau banyak peluang untuk korang belajar dan menuntut ilmu ni , just kena pandai korek dan gali sendiri , bak kata pepatah melayu Nak seribu daya , tak nak seribu dalih...

Kedua , pertanyaan dari orang-orang sekeliling , saudara , jiran , kawan-kawan sekolah lain...kalau korang nak elak senang je , pertama offkan bluetick dekat whatsapp , hahahahaha , ni memang penting lahh , kedua kalau bertanya depan-depan just jawab , Alhamdulilahh rezeki Allah...dalam kita mengelak sesuatu yang menyakitkan kita kita tambah dengan didik diri kita erti bersyukur atas apa yang kita dapat...

Ketiga , korang boleh tanya kaunselor sekolah atau senior-senior korang pasal keputusan SPM korang , apa yang patut kirang ambik tahu dan buat , jangan malu guys , JANGAN !!! , malu tu hanya merugikan diri sendiri tau...

Admin harap perkongsian sedikit ini dapat tambah korang punya semangat , korang punya kekuatan untuk menempuhi alam yang lebih mencabar...

Ingat guys , cari dan bina kebahagiaan sendiri dengan perkara-perkara positif dan terus tersenyum agar kita dapat menambah dan mendarabkan kekuatan dalam diri kita...

Hidup kena chill and stay positive as always , Dia ada bersama kita...insyaAllah...Aminnnn...

Wednesday, 25 January 2017

Perjumpaan Kali Pertama Tahun 2017 (Gelombang Pertama)

Assalamualaikum dan salam muafakat Johor kepada semua pembaca serta pengunjung blog FTNS.Sekian lama blog FTNS sepi disebabkan ahlinya terdapat komitmen yang tersendiri , hari ini terdapat entri baru yang akan di kongsi kepada para pembaca blog.

Persatuan FTNS telah membuat Perjumpaan Kali Pertama Tahun 2017 pada ketetapan berikut :

Tarikh : 13 Januari 2017
Hari : Jumaat
Masa : 9 pagi - 12 tengahari
Tempat : Bilik Mesyuarat Masjid Taman Pasir Putih

Sepanjang perjumpaan berjalan kami pihak FTNS telah membincangkan beberapa perkara antaranya :

- Pemberitahuan tugas dan skop kerja bagi semua ahli jawatankuasa dan Exco-exco tertinggi.
- Membincangkan program-program yang akan berjalan sepanjang tahun 2017
- Menimbangtarakan segala kelemahan dan kebaikan program sepanjang tahun 2016.

Alhamdulilah perjumpaan pada hari tersebut mencapai matlamat utama perjumpaan.Semoga ahli FTNS terus memberikan komitmen yang sempurna demi berbakti kepada masyarakat.

Salam Muafakat dari Persatuan FTNS.